PENGACARA MALAYSIA
Pengacara Malaysia merupakan laman direktori bagi pengacara-pengacara terlatih di Malaysia setelah mengikuti Kursus Pentauliahan HOST Professional selama 3 hari dan 6 jam sesi coaching.
Mereka dilatih dan ditauliahkan oleh pengacara-pengacara berpengalaman di dalam industri pengacaraan, iaitu Amin Idris selaku Ketua Jurulatih dan jurulatih-jurulatih kanan lain Dato’ Afdlin Shauki, Nabil Ahmad, Nizal Mohamad, Farrah Adeeba, Faizal Ismail (FBI), Farah Fauzana, Dr. Norzizi Zulkifli, Farahin Jamsari, Shuib Sepahtu, Wan Kamaruddin dan Fedtri Yahaya.
Turut membimbing mereka adalah Nurul Syuhada Nurul Ain, Teh Syuhaida, Muaz Koolfm, Dollah Chantek, Youtuber Ard Donivia dan Reena Hazreena TV3.
Selain itu, mereka juga mendapat latihan daripada pakar NLP Malaysia, Hj. Fadzli Yusof dan pakar pengucapan awam, Tuan Rizal Rashid serta mendapat bimbingan khas daripada salah seorang penerbit di Astro Oasis, Raja Idham.
